My Add

Wednesday 26 February 2014

Uniform dirampas bukan milik Tentera Darat

KUALA LUMPUR, RABU, 26 Februari, 2014: Pakaian seragam tentera yang dirampas daripada sekumpulan lelaki di Jementah, Johor minggu lalu bukan milik Tentera Darat.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, walaupun hampir sama, siasatan menunjukkan pakaian seragam digital tersebut bukan seperti yang diguna oleh pasukan itu.

"Pakaian ini dipercayai dibeli secara ’online’ daripada pihak luar," katanya dalam temu bual khas sempena Hari Tentera Darat Ke-81, di sini hari ini.

Pada 17 Februari lepas, polis merampas 14 senjata api tiruan termasuk menyerupai raifal automatik Steyr, M16, AK-47 dan mesingan, ketika menahan sekumpulan 18 lelaki berpakaian tentera di Bukit Chee Leong, Jementah.

Kumpulan itu dipercayai menjadikan kebun seorang daripada mereka sebagai lokasi menjalankan kegiatan sukan lasak dengan menggunakan senjata tiruan.- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment