My Add

Tuesday 25 February 2014

Abdul Hadi hadapi tekanan pihak tertentu bagi merosakkan imejnya

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Februari, 2014: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan menghadapi tekanan pihak tertentu bagi menjatuhkan maruah dan merosakkan imejnya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa, ada pihak mengambil kesempatan berikutan notis penghakiman ingkar yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu terhadap Abdul Hadi semalam.

"Saya percaya keperibadian beliau kental dan tidak tergugat dengan tekanan seperti ini.

"Namun saya menyarankan agar semua anggota parti mengadakan solat dan munajat memohon dimudahkan urusan dan Pas serta Presidennya terhindar daripada perancangan tidak bertanggungjawab pihak tertentu dan sikap jahat mereka," katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Exco Dewan Pemuda Pas, Mohamad Zawawi Abu Hasan menerusi laman sosial Facebooknya secara ringkas menyifatkan tindakan saman terhadap Abdul Hadi sebagai 'fitnah besar' - UTUSAN. 

No comments:

Post a Comment