My Add

Wednesday 26 February 2014

Bicara ADUN PKR pukul Kottapan, Khamis

SHAH ALAM, SELASA, 25 Februari,. 2014:  Perbicaraan kes tuntutan ganti rugi bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, K.S. Kottapan yang mendakwa dipukul oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis ini.

Peguam yang mewakili Kottapan, Kamarudin Ahmad berkata, tuntutan ganti rugi sebanyak RM260,881.33 itu dikemukakan terhadap Xavier serta enam lagi defendan.

Selain Xavier, Kottapan menamakan ADUN Seri Muda, Mat Suhaimi Shafiei merangkap Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja, Azmizam Zaman Huri dan empat individu, Satthiya Seelan Nagamutuhu, Jestin Raj Savarimuthu, K. Gunasegaran Kuppan, dan Veeran Karpiah sebagai pihak defendan.-UTUSAN ONLINE. 

No comments:

Post a Comment