My Add

Wednesday 26 February 2014

Malaysia gesa semua pihak jauhi keganasan di Syria

KUALA LUMPUR, RABU, 26 Februari, 2014: Malaysia menggesa semua pihak menjauhi tindakan yang boleh mengakibatkan konflik di Syria berlarutan dan membawa kepada keganasan serta pencabulan hak manusia yang berterusan di negara berkenaan.

Kuasa Usaha Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Raja Reza Raja Zaib Shah berkata, Malaysia berkongsi kesedihan dengan penderitaan rakyat Syria dan berpendapat hanya rakyat negara itu yang boleh menentukan masa depan mereka sendiri.

"Kesederhanaan, bertolak ansur, saling memahami, penolakan ekstremisme, dan dialog secara aman adalah kunci ke arah penyelesaian konflik antara pihak yang terlibat di negara berkenaan," katanya pada mesyuarat tidak rasmi Sesi Pleno ke-68 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di New York semalam.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini.

Raja Reza berkata, Kuala Lumpur berasa sangat bimbang berikutan sifat keperikemanusiaan yang semakin merosot di Syria, sehingga merumitkan hampir semua bentuk bantuan kemanusiaan.

"Kami berasa gerun dengan memuncaknya krisis yang terus meragut berpuluh-puluh ribu nyawa yang tidak berdosa. Semua pihak harus mengelak daripada tindakan yang akan mengakibatkan konflik itu berpanjangan," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment