My Add

Tuesday 25 February 2014

Selamatkan Selangor daripada ketidaktentuan - Muhyiddin

KAJANG, ISNIN, 24 Februari, 2014: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyelamatkan negeri Selangor daripada ketidaktentuan yang mungkin berlaku jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi DUN Kajang pada pilihan raya kecil (PRK) bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, berdasarkan maklumat daripada pelbagai pihak, ramai termasuk pemimpin pembangkang sendiri tidak bersetuju dengan keputusan Anwar, yang juga penasihat PKR, yang sengaja mengadakan PRK itu untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, jika Anwar dipilih, ketidaktentuan dalam kerajaan negeri akan berlaku, sekali gus memberi kesan besar terutama kepada rakyat Selangor sendiri.

"Kalau ini berlaku...kesannya (ialah) pada kepentingan rakyat yang tidak akan terbela, masalah pembangunan terjejas, masalah dengan pelaburan mungkin akan timbul, masalah air tak dapat diselesaikan dan masalah-masalah lain.

"Perbalahan dalam menentukan kerusi MB mungkin terjadi...Ini satu keadaan yang kita tak hendak berlaku di negeri paling maju seperti Selangor," kata Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat di Surah Al-Falah, Bukit Dukung, sempena lawatan separuh harinya ke Kajang. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment