My Add

Tuesday 25 February 2014

UMNO perlu berani, guna taktik menyerang

* AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersalaman dengan tetamu ketika hadir pada majlis jamuan makan Malam Amal Perdana Bersama Pemimpin anjuran Veteran UMNO Melaka di Melaka, semalam. Turut kelihatan, Idris Haron (kiri) dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (dua dari kanan). - BERNAMA
MELAKA, ISNIN, 24 Februari, 2014: Pemimpin UMNO terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang perlu berani menggunakan pendekatan menyerang seperti diamalkan pemimpin parti pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin UMNO di negeri dikuasai pembangkang tidak boleh berfikir seolah-olah mereka adalah kerajaan.

"Para pemimpin UMNO mesti berfikiran seperti pembangkang dan sebagai pembangkang, kita mesti menyerang.

"Bukan menyerang peribadi tetapi menyerang menggunakan fakta dengan membetulkan persepsi yang selama ini menganggap kita (UMNO) salah," katanya.

Beliau berucap sempena majlis Makan Malam Amal Perdana Bersama Pemimpin anjuran Veteran UMNO Melaka di Dewan Tun Ali, Bukit Katil di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Veteran UMNO Melaka, Datuk Nordin Yaani.

Tegas Ahmad Zahid, budaya membenci UMNO yang telah ditanam dalam kalangan rakyat terutama orang Melayu harus diperbetulkan.

"Bagi menentukan kebencian ini dapat dikecil dan dihapuskan, seharusnya kita janganlah meletakkan tanggungjawab itu kepada pemimpin-pemimpin utama sahaja," katanya.

Ujar beliau, kebencian yang ditanam sebenarnya wujud disebabkan segelintir mereka sendiri tidak berpegang sebagai ahli UMNO.

"Iltizam kita terlalu nipis dan ada di antara kita sendiri yang mengiyakan pendapat musuh-musuh politik dari parti pembangkang," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment