My Add

Wednesday 26 February 2014

Kedah tidak perlu catu air

ALOR SETAR, RABU, 26 Februari, 2014: Kedah tidak perlu mencatu air dalam tempoh terdekat kerana bekalan masih mencukupi di beberapa empangan utama.

Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Dr. Fadzil Abdul Kadir berkata, paras air di tiga empangan utama iaitu empangan Pedu, Muda dan Ahning dalam Daerah Padang Terap masih berada pada tahap normal.

"Oleh itu tidak perlu untuk kita mencatu air atau menjalankan pembenihan awan untuk menghasilkan hujan kerana empangan utama mempunyai air yang mencukupi," katanya ketika diminta mengulas mengenai keadaan bekalan air di Kedah ketika ini.

Beliau berkata, paras air di Empangan Pedu hari ini berada pada paras 100 meter (tahap minimum 61.5 meter), Empangan Muda pada paras 93.84 meter (tahap minimum 82.2 meter) dan Empangan Ahning pada paras 103.98 meter (tahap minimum 72.8 meter).

Namun beliau berkata, Empangan Padang Saga di Langkawi mencatat penurunan paras air yang ketara iaitu 18.05 meter berbanding paras minimum 18.50 meter namun Empangan Malut, iaitu empangan tadahan juga di Langkawi dapat menampung bekalan air kepada penduduk.

Fadzil berkata, hujan dijangka turun di Kedah pada pertengahan Mac ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment