My Add

Wednesday 26 February 2014

DAP! hentikan sandiwara anda...

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 Februari, 2014: DAP didakwa terus bermain ‘tarik tali’ dan bersandiwara apabila masih enggan menyerahkan dokumen tambahan berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam Kongres Khas parti itu tahun lepas kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bekas Pengerusi DAP Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, permintaan ROS itu sudah beberapa kali dibuat, namun sehingga kini DAP masih gagal menyerahkan maklumat tersebut.

“Anthony Loke (Setiausaha Organisasi DAP) sudah bertemu dengan pihak ROS minggu lepas, namun kemudian memberitahu media bahawa masih ada beberapa lagi dokumen yang perlu diserahkan dalam masa terdekat.

"Mengapa tidak beri sekali gus? Siapa sebenarnya yang main ‘tarik tali’ dalam perkara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

No comments:

Post a Comment