My Add

Saturday 3 March 2012

Parti politik tidak sepatutnya promosi perlakuan samseng

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 mac, 2012: Parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang tidak sepatutnya mempromosikan perlakuan samseng kerana perbuatan sedemikian memberi impak negatif kepada masyarakat. 

Mengakui kelakuan sedemikian wujud, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain, berkata samseng politik seolah-olah mendidik masyarakat bahawa tidak salah melanggar undang-undang.

"Menerusi kajian yang saya pernah buat dahulu, perlakuan itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kecil seperti ketua cawangan, bahagian dan tidak dilakukan oleh pemimpin besar mana-mana parti politik," katanya kepada Bernama, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment