My Add

Monday 26 March 2012

Pas Kedah minta DAP, PKR bertolak ansur

KUBANG PASU, AHAD, 25 Mac, 2012: Pas Kedah meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bertolak-ansur dalam isu tuntutan perebutan kerusi yang sehingga kini belum selesai walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin hampir.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sebagai ‘abang tua’ kepada kedua-dua parti itu, Pas mahu ia diselesaikan menggunakan formula menang-menang kepada semua pihak.

“Sebagai abang tua, kita berharap perkara itu dapat selesai dengan baik... kita tak boleh bergaduh sesama kita, kita dah nak pilihan raya,” katanya selepas merasmikan Hari Air Sedunia di Loji Air Rawatan sempena sambutan Hari Air Sedunia di Loji Pelubang Jitra di sini, hari ini.

Isu tuntutan kerusi bagi PRU-13 timbul apabila pakatan pembangkang di Kedah masih gagal memuktamadkan agihan kerusi hingga ke hari ini sejak ia dibangkitkan September tahun lalu oleh DAP yang menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada PRU-13. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment