My Add

Monday 26 March 2012

Ahli Parlimen Serdang dakwa terima SMS lucah

CYBERJAYA, ISNIN, 26 Mac, 2012: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini membuat laporan kepada Biro Aduan Pengguna Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung foto dan video lucah yang diterima melalui telefon bimbitnya. 

Teo berkata beliau menerima mesej video dan gambar lucah dari individu yang tidak dikenali sebanyak tiga kali iaitu dua MMS pada 19 Mac antara 10.28 malam dan 10.55 malam, dan mesej video selama dua saat pada keesokan harinya.
Katanya gambar dan video berkenaan yang menunjukkan seorang lelaki bogel mirip seorang pemimpin pembangkang bersama seorang wanita.

Teo berharap SKMM akan segera mengambil tindakan terhadap individu terbabit agar MMS seperti itu tidak tersebar dalam kalangan masyarakat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment