My Add

Monday 26 March 2012

Isu biseksual: Anwar saman RM100j Nalla dan Utusan

Oleh NORAZLITA MOHD SIES

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Mac, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta, terhadap Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Anwar memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Anwar selaku plaintif, menamakan Nallakaruppan, UMMB dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing selaku defendan pertama hingga ketiga.

Saman itu berhubung artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: “Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla” bertarikh 20 Mac lalu. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment