My Add

Wednesday 28 March 2012

Anwar dicabar minta mahkamah segerakan kes saman

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Mac, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar memfailkan notis permohonan bagi menyegerakan proses perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta terhadap Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Ketua Pembangkang itu tidak sepatutnya mengambil tindakan undang-undang semata-mata untuk menutup mulut Nallakaruppan.

"Kita tidak mahu kes saman yang terbaru ini ditangguhkan seperti beberapa kes lain yang pernah difailkan di mahkamah.

"Tindakan Anwar melambat-lambatkan proses undang-undang boleh dianggap sama seperti menafikan keadilan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saman yang difailkan oleh Anwar melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam, susulan dakwaan Nallakaruppan yang mengaitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan aktiviti biseksual. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment