KOTA BHARU, SELASA, 27 Mac, 2012: Pendirian Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang tidak bersetuju dengan urus niaga bersama kaum Yahudi, menunjukkan pertelagahan terus berlaku dalam kepimpinan parti pembangkang itu.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, pertelagahan itu ibarat 'retak menunggu belah' dan diharap akan membawa kepada penyatuan umat Islam di negara ini.
Menurutnya, kenyataan Nasrudin yang dilihat bercanggah dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu membuktikan umat Islam di negara ini benar-benar mematuhi perintah Allah dalam soal hubungan dengan Yahudi.
Justeru, beliau meminta ahli Pas sama ada yang menyokong Nasrudin mahu pun Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi, supaya tidak mempertikaikan soal kerjasama dengan Yahudi itu kerana ia merupakan perkara kecil. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment