My Add

Wednesday 28 March 2012

Pas Kedah tidak akan korban kerusi

ALOR SETAR, SELASA, 27 Mac, 2012: Pas Kedah tidak akan mengorbankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen milik parti itu walaupun DAP tetap berkeras menuntut tambahan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) menegaskan, ini kerana pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh Pas telah lama selesai dan hanya tinggal pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Kita sudah setuju pada dasarnya, jika negeri tidak boleh menyelesaikan masalah itu, maka ia akan diselesaikan di Kuala Lumpur untuk parti-parti tertentu sebab kita ada Majlis Presiden.

"Saya jaga yang Pas sahaja, kita sudah bincang lama dengan Pas dan sudah selesai. Sekarang DAP kena selesaikan dengan PKR," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment