My Add

Wednesday 28 March 2012

Azmin enggan ulas cabaran Hasan Ali

Oleh SYUKRI SHAARI

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Mac, 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang sebelum ini lantang mengkritik serta mempersoalkan setiap tindakan kerajaan serta pemimpin Barisan Naional (BN) hanya mampu terdiam terhadap cabaran yang dilontarkan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung sumber kewangannya ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994.

Beliau yang enggan mengulas cabaran tersebut sebaliknya terus mempersoalkan kos pengubahsuaian pejabat Hasan.

"Apa yang saya persoalkan adalah berdasarkan laporan audit, fakta dan juga angka. Beliau harus menjelaskannya tetapi tidak sangka pula akan memberi reaksi sedemikian," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Azmin mengulas cabaran Hasan yang mahu penjelasan mengenai butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 daripada terus mencari kesalahan orang lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment