My Add

Wednesday 28 March 2012

Silap hantar SMS, ADUN BN keluar Dewan

SHAH ALAM, SELASA, 27 Mac, 2012: Gara-gara Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim tersilap menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bertindak keluar daripada persidangan dewan itu.

Tindakan itu diambil sebagai tanda protes selepas mereka mendapati SMS berkenaan mengandungi permintaan Chang Khim agar semua Exco menggunakan peluang sepenuhnya pada sesi perbahasan untuk menyatakan kejayaan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam mentadbir negeri itu dalam tempoh empat tahun ini.

SMS yang dihantar oleh Chang Khim kepada semua Exco itu 'bocor' apabila ia turut dihantar kepada bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali.

Ia didedahkan oleh Datuk Mohd. Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) yang seterusnya mencetuskan rasa tidak puas hati ADUN BN kerana mereka menganggap Chang Kim tidak adil dan berat sebelah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment