My Add

Wednesday 28 March 2012

Ulama jangan sebar ajaran sesat, berbaur politik: Sultan Johor

BATU PAHAT, SELASA, 27 Mac, 2012: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan golongan ulama supaya tidak menyampaikan ajaran sesat dan berbaur politik kerana tindakan itu akan mengelirukan masyarakat, malah meruntuhkan perpaduan agama, bangsa dan negara.

Baginda yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertitah, ulama sepatutnya perlu mencurah bakti dengan menyebarkan ilmu dan memberi kefahaman agama kepada masyarakat.

"Namun suka saya ingatkan di sini supaya jangan pula ada ulama yang menyampaikan ajaran sesat dan yang bertentangan dengan akidah Islam. Ada juga ulama yang cenderung kepada bidang politik sehingga ceramah yang disampaikan menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain.

"Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor menghalang mana-mana pihak daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah bagi mengelak penyampaian ajaran sesat dan berbaur politik yang boleh memecahbelahkan rakyat," titah baginda ketika merasmikan Majlis Multaqa Ulama dan Ilmuan Darul Ta'zim Ke-2 di UTHM di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment