My Add

Sunday 25 March 2012

Usahawan IKS gagal manfaat dana pinjaman francais mikro

BERA, AHAD, 25 Mac, 201: Para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) digesa mengambil peluang menceburi bidang perniagaan francais yang berpotensi untuk berkembang pesat dan menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa menyokong bakal usahawan yang berminat dengan industri berkenaan dengan memperkenalkan dana pinjaman francais mikro yang boleh dipohon menerusi Perbadanan Nasional Bhd.

"Kerajaan memperuntukkan RM8 juta di bawah dana tersebut dan setakat ini hanya RM2 juta baharu dipohon.

"Menerusi perniagaan francais, perniagaan mereka boleh berkembang dengan lebih jauh, sehingga ke peringkat antarabangsa, dan banyak produk tempatan yang sebelum ini tidak dikenali dapat dikomersilkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan restoran makanan segera Marrybrown cawangan Bera di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, kira-kira 30 perniagaan francais jenama tempatan berjaya menembusi pasaran di 50 negara di seluruh dunia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment