My Add

Monday 26 March 2012

Bantu mangsa banjir tanpa mengira fahaman politik

HULU LANGAT, AHAD, 25 Mac, 2012: Kesemua mangsa banjir di sekitar kawasan Ampang dan Hulu Langat yang terlibat dalam kejadian itu awal bulan ini diberi bantuan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa mengira fahaman politik.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya telah diberi arahan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan semua mangsa menerima bantuan.

"Kita dapat melihat sendiri betapa murninya Gagasan 1Malaysia yang mendahulukan kebajikan rakyat melangkaui batasan politik, agama dan bangsa.

"Bukan orang BN sahaja yang kita bantu, malah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP pun terima bantuan yang serupa," jelasnya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan mangsa banjir Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment