My Add

Monday 26 March 2012

Tidak adil ambil tanah diteroka penduduk – Mustapa

KOTA BHARU, AHAD, 25 Mac, 2012: Kerajaan Pas Kelantan disifatkan tidak berlaku adil apabila didakwa mengambil semula tanah yang diteroka dan diusahakan dengan tanaman getah oleh penduduk di Hulu Kelantan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, banyak laporan tanah yang diteroka dan diusahakan penduduk dikatakan diambil semula oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri tersebut sekiranya benar, merupakan penganiayaan kepada penduduk terbabit yang sebelum ini miskin dan tidak bertanah sehingga terpaksa berhijrah ke Hulu Kelantan untuk mencari kehidupan lebih baik.

“Kalau betul, ia amat mendukacitakan kerana mereka sudah lama mengusahakan tanah. Dulu tak bertanah, mereka teroka Hulu Kelantan antara lain untuk cari rezeki dan lepas teroka, maka amat tidak adil tanah tak diagihkan kepada mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment