My Add

Monday 26 March 2012

UTC bela masyarakat bandar

IPOH, AHAD, 25 Mac, 2012: Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara merupakan suatu usaha dan pendekatan baru yang dilakukan kerajaan untuk membela nasib masyarakat bandar.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebagai sebuah pusat sehenti bagi semua perkhidmatan awam dan swasta, kewujudan UTC mampu meningkatkan capaian masyarakat umum kepada pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih berkesan.

Dalam hubungan ini, kata beliau, UTC pertama di Melaka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jun depan.

‘‘Daripada kajian yang dilakukan, kita (kerajaan) dapati di kawasan bandar, ramai individu amat memerlukan bantuan agensi kerajaan dan swasta termasuk kewangan, pendidikan dan pekerjaan selain pelbagai jenis bantu, " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment