My Add

Friday 2 March 2012

BR1M haram satu dakwaan jahat

MUHYIDDIN Yassin disambut ribuan penduduk setempat ketika hadir pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik, Kuala Terengganu, semalam. - BERNAMA

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Pas yang memberi gambaran kononnya pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 oleh kerajaan Pusat adalah haram, sebagai satu dakwaan jahat.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menganggap tindakan parti pembangkang itu sebagai membawa ajaran salah yang menyesatkan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik.

"Duit RM500 ini adalah duit kerajaan. Duit kerajaan sebenarnya adalah duit rakyat yang diuruskan oleh kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan duit ini untuk rakyat. Duit rakyat diberi kepada rakyat, jadi hukumnya halallah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment