My Add

Friday 2 March 2012

PM harap peneraju industri Selangor mahu bekerjasama

SHAH ALAM, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan kira-kira 300 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemimpin industri di negeri ini dalam satu majlis dialog dan makan tengah hari di sini hari ini.

Dalam pertemuan selama kira-kira dua jam itu, Perdana Menteri meletakkan harapan agar para peneraju industri dapat memainkan peranan melalui kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha meningkatkan pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Koordinator Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, pada pertemuan itu, Perdana Menteri menekankan tentang kerjasama tersebut memandangkan sektor berkenaan menerima kesan langsung daripada hasil perbelanjaan serta sistem penyampaian kerajaan dalam mewujudkan iklim mesra perniagaan dan pelaburan khususnya di Selangor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment