MUHYIDDIN Yassin menyerahkan sijil Malaysia Book of Records kepada Ahmad Said atas kejayaan negeri itu mengungguli Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama 11 tahun berturut-turut pada majlis perjumpaan khas bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam. - BERNAMA
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan ISWAN SHAFIQ MAT ISA
KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Terengganu merupakan sebuah negeri 'biru' yang berkeupayaan untuk terus memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu beliau mengharapkan tumpuan yang lebih diberikan oleh BN negeri ini bagi menguasai semula kerusi-kerusi yang dimenangi pembangkang.
''Terengganu adalah negeri 'biru' dalam erti kata negeri ini adalah negeri di mana BN adalah parti yang kuat. Kita menang majoriti besar, kita dapat banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment