My Add

Monday 26 March 2012

Elaun RM16.6 juta kepada imam, guru agama

MELAKA, AHAD, 25 Mac, 2012: Seramai 1,755 individu terdiri daripada pegawai syarak (imam), guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), guru takmir dan Pegawai Penyelia Masjid Daerah (PPMD) di negeri ini menerima peruntukan elaun sebanyak RM16.6 juta tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM519.3 juta yang dibelanjakan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada golongan tersebut di seluruh negara.

Katanya, peruntukan itu juga merupakan komitmen kerajaan bagi memartabatkan institusi dan agensi agama di negara ini.

“Sebagai kumpulan yang sangat dekat dengan masyarakat, golongan ini memainkan peranan penting bagi memberi penjelasan mengenai perjalanan dan gerak kerja kerajaan dalam menyampaikan mesej berkaitan pelbagai aktiviti agama,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment