My Add

Monday 26 March 2012

Kerajaan mantapkan GiatMara

SEMPORNA, AHAD, 25 Mac, 2012: Kerajaan akan meneruskan usaha merapatkan jurang kemahiran di kalangan generasi muda di pedalaman dengan rakan-rakan mereka di bandar supaya tidak jauh ketinggalan.

Justeru, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pihaknya tidak akan mudah berpuas hati dengan pelbagai kejayaan yang dicapai menerusi pusat pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) terutama Pusat Latihan GiatMara sebaliknya akan terus memantapkan institusi tersebut.

“Pendedahan kemahiran di kalangan penuntut di GiatMara turut merangkumi kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.

‘‘Ia penting bagi memastikan jurang perbezaan dapat diimbangi, seterusnya menyiapkan pelajar luar bandar dengan kualiti modal insan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Program Mesra GiatMara Sabah di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment