My Add

Saturday, 24 March 2012

GP Malaysia: Hamilton, Button mula di barisan hadapan


PEMANDU McLaren-Mercedes, Lewis Hamilton (tengah) mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Sepang petang tadi. Rakan sepasukan, Jenson Button (kanan) di tempat kedua manakala pemandu Mercedes-AMG, Michael Schumacher di tempat ketiga. - Foto Hasan Ismail.

SEPANG, SABTU, 24 Mac, 2012: Lewis Hamilton dan Jenson Button, kedua-duanya memandu Mercedes daripada pasukan Vodafone McLaren memulakan cabaran mereka dalam Grand Prix Petronas F1 Malaysia 2012 esok di petak barisan hadapan.

Hamilton dan Button menguasai kedudukan teratas dalam sesi kelayakan hari ini masing-masing mencapai masa 1:36.219s dan 1:36.368s.

Michael Schumacher daripada pasukan Mercedes AMG Petronas F1 pula di tempat ketiga dengan masa 1:36.391s.

"Setakat ini ia adalah pencapaian hujung minggu yang baik. Secara jujur saya merasakan satu hari yang sukar menempuhi keadaan cuaca yang berubah-ubah dan suhu pula meningkat.

"Namun begitu, kami berjaya mecapai masa yang baik. Yang jelasnya mereka di belakang kami memberi cabaran kuat tetapi anggota dalam pasukan petugas kami melakukan kerja menakjubkan,” Hamilton memberitahu para pemberita. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment