My Add

Saturday 24 March 2012

KPM mahu tambah asrama desa di kawasan pedalaman

KOTA KINABALU, SABTU, 24 Mac, 2012: Kementerian Pelajaran berharap dapat mewujudkan lebih banyak asrama desa di kawasan pedalaman dalam usaha merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, asrama desa merupakan penyelesaian berkesan bagi mengatasi isu pelajar tidak hadir atau keciciran kerana masalah pengangkutan atau cuaca buruk.

"Apabila tidak ada asrama desa, peratus pelajar tercicir atau ponteng sekolah di luar bandar tinggi, terutama apabila hujan atau air sungai cetek di mana bot tidak bergerak menyebabkan pelajar tidak boleh datang ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional di sini hari ini.

Beliau berkata, asrama desa akan memberi keselesaan dan motivasi kepada pelajar serta guru dalam melaksanakan pembelajaran yang lebih berkesan.

Katanya, pelajar yang ditempatkan di asrama desa akan memberi peluang kepada guru mengadakan kelas tambahan, selain mendapat pemakanan berzat dan mencukupi. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment