My Add

Monday 26 March 2012

Nallakaruppan tidak akan disaman

Oleh syukri shaari

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Mac , 2012:Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mempertikaikan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini tidak menyaman Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu pernah mendakwa beliau sebagai peliwat.

Katanya, sewaktu tuduhan tersebut dibuat, Anwar masih lagi bersama kerajaan dan beliau langsung tidak mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan dirinya.

Sehubungan itu, Zahrain menuntut penjelasan Ketua Pembangkang itu mengenai tindakannya menghantar notis kepada Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan beliau seorang biseksual.

"Semasa Anwar bersama kerajaan dulu, Karpal pernah membuat dakwaan bahawa beliau seorang peliwat dan mempunyai bukti kukuh, tetapi Anwar tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang sehinggalah hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment