My Add

Tuesday 27 March 2012

RM880j projek tebatan banjir tahun ini

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Mac, 2012: Kerajaan memperuntukkan RM880 juta untuk menjayakan projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah itu di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, sebanyak 32 projek mega tebatan banjir telah dijalankan dan dijangka siap selewat-lewatnya enam bulan lagi.

"Masalah banjir merupakan antara bencana alam yang sering menghantui penduduk negara ini, antara langkah kerajaan untuk menanganinya adalah dengan pembinaan projek tebatan banjir.

"Projek ini dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan membina benteng kawalan banjir, pembersihan sungai, pembinaan kolam tadahan, mendalam serta melebarkan sungai dan kerja-kerja infrastruktur berkaitan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Sumber Air Asia (Aware 2012) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment