My Add

Friday 2 March 2012

Kem Rejimen Sempadan berubah hasil inisiatif PM

RODELIO JUNJUN TAUCAN

JELI, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Batalion 2 Rejimen Sempadan Kem Batu Melintang di sini hari ini membawa kenangan manis kepada anggota tentera di situ.

Ini kerana, atas inisiatif beliau semasa menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2008, semua anggota kerahan yang bertugas di situ telah diserapkan menjadi anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, semua perkara yang dijanjikan Perdana Menteri di kem itu ketika beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan juga telah ditunaikan, termasuklah membawa kemajuan kepada dua kem Rejimen Sempadan di situ.

Sehubungan itu katanya, semua warga ATM di negara ini perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan kerajaan kerana hanya dengan cara itu nasib mereka mampu dibela.

"Orang-orang lama di sini masih ingat bahawa saudara yang sebelum ini merupakan anggota kerahan telah diserap menjadi anggota tetap malah Batalion Siri 300 turut diserap menjadi angkatan tetap di bawah naungan Rejimen Sempadan.

"Saya masih ingat dengan jelas, itu adalah janji Perdana Menteri kepada kita dan semuanya telah ditunaikan, justeru ingatlah hanya beliau yang mampu berjuang demi kebajikan kita semua," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga Rejimen Sempadan di Batalion 2 Kem Batu Melintang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment