My Add

Saturday 3 March 2012

PVTM tentang habis Anwar

MOHD. Ali Baharom (depan, dua dari kiri) dan ahli PVTM menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenyataan Anwar Ibrahim kepada wakil Pas, Mohd. Shahir Abdul Hassan di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) bertekad tidak akan membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang tampuk pemerintahan negara ekoran keengganan beliau menarik balik kenyataan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel ketika diwawancara The Wall Street Journal (WSJ).

Presidennya, Mohd. Ali Baharom berkata, sikap Anwar itu menunjukkan fikirannya tidak waras dan hanya berminat untuk mendapatkan kuasa sahaja.

''Kami akan halang Anwar habis-habisan kerana beliau dipercayai berniat ingin menghancurkan negara. Sebagai seorang pemimpin Islam, Anwar tidak sepatutnya sokong Israel. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment