My Add

Thursday 1 March 2012

Kerajaan diminta terus bantah resolusi PBB mengenai gay

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa kerajaan supaya meneruskan bantahan terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan pengiktirafan kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT). 

Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahya, berkata resolusi yang diluluskan tahun lalu itu meletakkan golongan LGBT di tempat yang salah, dengan memberikan pengiktirafan yang mengelirukan kepada mereka tanpa menyelesaikan permasalahan sebenar mengikut lunas agama dan nilai sebenar kemanusiaan.

"Sebarang usaha untuk mengetengahkan nilai yang menyalahi fitrah kemanusiaan seperti mana yang cuba dibawa menerusi resolusi itu harus ditentang sehabis-habisnya bagi mengelak kekeliruan serta gangguan terhadap masyarakat secara umum," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada 17 Jun 2011, PBB meluluskan resolusi mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender dan perkahwinan sejenis. 

Malaysia adalah antara 19 negara yang menentang resolusi itu berbanding 23 negara yang menyokong. 

Aminuddin berkata, masyarakat Malaysia perlu menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap resolusi itu dan sebarang usaha untuk mengetengahkan orientasi songsang LGBT sebagai suatu cara hidup masyarakat di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment