My Add

Monday 26 March 2012

Lagi demonstrasi bantah Anwar sokong Israel

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Mac, 2012: Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) akan mengadakan demonstrasi membantah sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel dan rejim Zionis, 30 Mac ini.

Demonstrasi tersebut akan diadakan di hadapan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini.

Presidennya, Mohd. Ali Baharom berkata, demonstrasi tersebut akan dijalankan secara aman dan bertujuan untuk menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak akan bersekongkol dengan Israel dalam apa bentuk hubungan sekali pun.

"PVTM sebelum ini pernah menghantar memorandum bantahan kepada Pas bagi menyuarakan rasa tidak puas hati ekoran parti politik tersebut seperti bersetuju dengan sokongan Anwar terhadap Israel.

"Oleh itu, kami membuat keputusan untuk mengadakan demonstrasi, malah telah mengumpul sebanyak 300,000 tandatangan daripada seluruh rakyat Malaysia sebagai bantahan kepada Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment