My Add

Saturday 24 March 2012

Khidmat klinik swasta sediakan rawatan DOT

KUALA LUMPUR, SABTU, 24 Mac, 2012: Kementerian Kesihatan merancang untuk meluaskan kaedah "Directly Observed Treatment" (DOT) untuk merawat penghidap penyakit batuk kering (TB) ke klinik swasta tidak lama, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kementerian itu sedang berunding dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) untuk mendapatkan penyertaan doktor swasta sebagai penyelia DOT untuk penghidap penyakit TB.

DOT merupakan kaedah yang memerlukan khidmat pemberi penjagaan secara terus bagi memastikan penghidap TB mematuhi rawatan perubatan selama enam hingga sembilan bulan untuk menjamin mereka sembuh sepenuhnya.

"Pesakit kami perlu mematuhi rancangan rawatan. Jika mereka tidak mematuhinya, penyakit mereka akan berterusan dan meningkatkan risiko menyebarkan penyakit ini kepada orang lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari TB Sedunia 2012 di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya tidak mendapatkan rawatan, seseorang penghidap penyakit batuk kering boleh membawa jangkitan kepada 10 hingga 15 orang setahun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment