My Add

Saturday 24 March 2012

Pelarasan gaji tidak jejas kewangan negara

IPOH, SABTU, 24 Mac, 2012 24 Mac - Pertambahan perbelanjaan mengurus berikutan pengumuman pelarasan gaji kakitangan awam baru-baru ini tidak akan memberi kesan kepada kewangan negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memantau tiga aspek iaitu lebihan semasa, pengurusan defisit dan hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi memastikan kewangan negara tidak terjejas.

"Aspek pertama adalah lebihan semasa...lebihan itu adalah baki selepas pendapatan negara ditolak dengan perbelanjaan mengurus," katanya di sini hari ini.

Pada 9 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diumumkan baru-baru ini berikutan pemansuhan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) melibatkan peruntukan tambahan RM6 bilion.

Ahmad Husni berkata, pengurusan defisit dengan betul adalah antara faktor yang boleh memastikan kewangan negara tidak terjejas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment