My Add

Saturday 24 March 2012

KPF tidak disenarai di Bursa Malaysia

KUALA SELANGOR, SABTU, 24 Mac, 2012: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan akan menyenaraikan Koperasi Permodalan Felda Bhd., (KPF) di Bursa Malaysia.

Beliau berkata, usaha penyenaraian itu hanya melibatkan Felda Global Ventures Holdings (PGVH) di mana KPF mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

"Koperasi tidak boleh disenaraikan sebagai sebuah syarikat," katanya selepas merasmikan Program Kemasyarakatan Koperasi Bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di kawasan Felda Bukit Cerakah di sini hari ini.

Beliau menasihati peneroka Felda jangan mudah terpedaya dengan dakyah golongan tertentu yang cuba menggagalkan usaha kerajaan menyenaraikan PGVH di Bursa Saham dengan mendakwa tanah milik peneroka akan dirampas kerajaan sekiranya penyenaraian itu dilakukan.

"Ini tidak benar sebab kerajaan cakap tanah peneroka tidak akan terlibat dalam usaha penyenaraian. Tanah tetap dimiliki peneroka Felda dan (mereka) akan mendapat segala bentuk kebaikan dan 'durian runtuh' dengan penyenaraian ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment