My Add

Friday 2 March 2012

Konvensyen capai matlamat

Oleh M. Shahrinnahar Abd. Latib 

KUANTAN, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Kerajaan negeri berpuas hati dengan penganjuran Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012 yang berakhir hari ini kerana berjaya memberi maklumat tepat mengenai ekonomi negeri kepada para peserta.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beberapa bengkel yang dianjurkan pada konvensyen selama dua hari ini turut memberi maklumat berguna kepada para peserta.

"Semua peserta juga memberi pandangan yang berguna kepada kerajaan negeri untuk membaiki dan meningkatkan ekonomi Pahang," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penutup konvensyen itu di sini hari ini.

Pada hari terakhir konvensyen hari ini, kesemua rumusan daripada sembilan sektor dibentangkan oleh Ketua Moderator, Datuk Seri Abdul Aziz Abd. Rahman sebelum sesi perbincangan, perkongsian dan soal jawab oleh para peserta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment