My Add

Friday 2 March 2012

PDRM jenama semula imej pasukan

Oleh Angelina Sinyang

BANGKOK, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan beberapa perubahan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan menjenamakan semula imej pasukan itu sempena sambutan peringatan Hari Polis Ke-205 yang bakal disambut pada 25 Mac ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pendekatan baru itu mengambil kira senario semasa di Malaysia dan dunia ketika ini terutama membabitkan perubahan dari segi politik dan ekonomi.

Beliau berkata, langkah tersebut juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk melakukan transformasi terhadap negara.

“Kita akan tukarkan PDRM menjadi pasukan yang lebih berwibawa dan profesional. Ia dilakukan bukan hanya kerana mengambil kira keadaan dunia dan negara yang sudah berubah tetapi kita faham aspirasi rakyat Malaysia yang masih mahukan keamanan negara bertambah mantap.... - UTUSAN

No comments:

Post a Comment