My Add

Saturday 3 March 2012

LGBT: Kerajaan digesa pertahankan pendirian di PBB

AHLI gabungan NGO Islam mengadakan perhimpunan membantah pengiktirafan hubungan sejenis selepas selesai solat Jumaat di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Kerajaan digesa mempertahankan pendirian berhubung isu kebebasan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia pada persidangan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Isnin depan.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, kerajaan perlu tegas dengan pendirian sedia ada iaitu menolak golongan berkenaan kerana bertentangan dengan ajaran Islam serta norma kehidupan.

"Kami harap kerajaan tidak tunduk kepada gesaan pihak luar, walau daripada PBB sekali pun untuk mengiktiraf kewujudan golongan berkenaan di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment