My Add

Saturday 24 March 2012

NCIA kenal pasti 26 projek permulaan NCER

TAIPING, SABTU, 24 Mac, 2012: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mengenal pasti 26 Projek Permulaan (EPP) yang bakal menyumbang RM17.46 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pelaburan bernilai RM27.27 bilion di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menjelang tahun 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek itu dikenal pasti melalui Kajian Makmal Bandar Raya Koridor dan Wilayah (C&C Lab) dengan kerjasama pelbagai agensi, sektor swasta dan awam.

"Idea-idea tersebut bakal menyerlahkan lagi usaha membangunkan ekonomi wilayah ini secara seimbang dan saksama," katanya dalam ucapan perasmian Hari Terbuka C&C di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Muhyiddin berkata, hasil perubahan mendadak Koridor Utara, kerajaan pusat telah mengambil pendekatan untuk mengembangkan lagi kejayaan koridor berkenaan, yang melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, menerusi program C&C Lab.

Katanya, C&C Lab berperanan mengenal pasti dan mengetengahkan sektor yang berpotensi untuk memacu industri-industri utama di Wilayah Ekonomi Koridor Utara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment