My Add

Wednesday 28 March 2012

Wan Azizah dicabar

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Mac, 2012: Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab hari ini menggesa Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menafikan segala tuduhan yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan salah laku moral, termasuk dakwaan terbaru oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan.

Zabariah berkata, sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan isteri kepada Ketua Pembangkang itu, Wan Azizah mempunyai tanggungjawab besar untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

"Sebagai pemimpin parti, Wan Azizah tidak boleh membiarkan wujud pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat terhadap Anwar.

"Sebab itu saya minta beliau tampil menafikan semua salah laku Anwar.

"Jika Wan Azizah tidak berbuat demikian ia akan menimbulkan persoalan besar dalam kalangan rakyat,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment