My Add

Friday 2 March 2012

Tindakan dedah surat Dr. M beri tamparan hebat buat Anwar

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menerima tamparan hebat ekoran tindakan kerajaan mendedahkan surat yang ditulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin, Benyamin Netanyahu dan Ehud Barak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Ketua Pembangkang itu kini dalam ketakutan sebab jelas terbukti hanya beliau sahaja yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel.

''Daripada dulu lagi kita tahu tiga surat tersebut tidak menyatakan sokongan terhadap Israel. Saya tidak tahu mengapa ia dijadikan isu.

''Dia dah kena teruk. Bila dia dah jatuh dia nak tarik semua orang. Sebab itu dia tuduh Dr. Mahathir turut menyokong Israel," katanya ketika diminta mengulas tentang kesan tiga surat berkenaan terhadap Anwar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment