My Add

Friday 2 March 2012

Perkasa penyaluran maklumat - TPM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan ABD. HALIM HADI

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, telah sampai masanya negara-negara ASEAN menggunakan media arus perdana serta media sosial secara bersepadu dalam menyalurkan pelbagai maklumat kepada masyarakat di rantau ini.

Beliau berkata, langkah itu wajar dijadikan satu keutamaan supaya rakyat di semua negara ASEAN bermaklumat dan itu amat penting bagi pembangunan rantau seperti di Asia Tenggara.

Malah, beliau yakin melalui tindakan seperti itu, ia sekali gus dapat meningkatkan lagi kerjasama serta sokongan dalam kalangan negara ASEAN kerana masing-masing mempunyai satu misi dan tujuan.

''Saya percaya dengan usaha memperkasakan penyaluran secara berterusan kepada rakyat, kita boleh mengorak langkah seterusnya dalam konteks bekerja dan kerjasama bagi merealisasikan misi dan tujuan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment