My Add

Thursday 1 March 2012

Projek biogas beri imej positif mesra alam industri sawit: Musa

TAWAU, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yakin projek biogas yang kini diterokai sektor perladangan di Sabah berupaya memberi imej positif kepada industri sawit sebagai industri mesra alam kerana ia menitikberatkan perlindungan alam sekitar.

Beliau berkata, teknologi penghasilan biogas daripada bahan buangan kelapa sawit itu bukan saja mesra alam malah amat membantu dalam menjana elektrik untuk kegunaan kilang kelapa sawit sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil yang dikenal pasti sebagai antara punca pencemaran udara.

"Dahulu sisa buangan kelapa sawit dan kilang kelapa sawit ini memberi banyak masalah kepada kita. Sekarang ia sudah menjadi sumber tenaga elektrik kepada kita," kata beliau ketika berucap merasmikan Loji Biogas di Kilang Sawit Apas Balung milik Kumpulan Sawit Kinabalu di sini, hari ini.

Projek logi biogas di Kilang Sawit Apas Balung itu adalah projek biogas pertama Kumpulan Sawit Kinabalu, agensi kerajaan negeri Sabah, sejajar dengan hasrat syarikat itu untuk mewujudkan kekayaan yang lestari yang mengambil kira penjagaan alam sekitar dalam menjalankan operasi ekonominya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment