My Add

Friday 2 March 2012

Sosilawati rancang jual tanah RM200j di P. Pinang

SHAH ALAM, KHAMIS, 01 Mac, 2012: — Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa syarikat milik jutawan kosmetik itu terlibat dalam urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dengan sebuah syarikat.

Pegawai Penyiasat, ASP Mohd. Ishak Yaakob berkata, syarikat Southern Symphony Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Sosilawati merancang menjual tanah berkenaan kepada syarikat Ample Quality Sdn. Bhd. yang mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, merupakan seorang daripada ahli lembaga pengarahnya.

Ketika disoal balas peguam, Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan, saksi ke-99 pendakwaan itu mengakui bahawa Southern Symphony bercadang menjual tanah berkenaan dengan harga RM200 juta.

Mohd. Ishak juga bersetuju dengan cadangan Manjeet bahawa tanah yang bertujuan untuk projek pembangunan Batu Ferringhi itu membabitkan nilai ratusan juta ringgit. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment