My Add

Sunday 29 April 2012

3 ADUN BN Terengganu diajak sertai Pas?

Alias Abdullah
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
KUALA TERENGGANU, AHAD, 29 April, 2012: Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dikatakan pernah didekati pemimpin Pas untuk mengajak mereka menyertai parti itu.

Antara yang disebut adalah ADUN Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh; ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid dan AdDUN Alor Limbat, Alias Abdullah.

Alias ketika ditemui mengakui pernah diajak untuk bersama-sama Pas sebanyak dua kali, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau dengan jujur menegaskan kepada pemimpin Pas terbabit bahawa tiada parti yang mampu membela orang Melayu dan Islam selain daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau bagaimanapun menyifatkan ia sebagai tawaran secara berseloroh yang disuarakan secara tidak rasmi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama Pesuruhjaya Pas Terengganu pada masa itu,

Datuk Harun Taib, ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ADUN Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah dan ADUN Wakaf Mempelam (kini Pesuruhjaya Pas Terengganu), Mohd Abdul Wahid Endut.

Alias yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, tawaran itu juga disertakan dengan jaminan untuk mengekalkan beliau sebagai calon di DUN Alor Limbat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Saya pernah ditawarkan secara berseloroh pada 2010 di luar Sidang Dun ketika berada di tempat makan yang disediakan untuk Ahli Yang Berhormat,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena pembukaan cawangan baru, Cawangan Kubang Kepong, di sini, semalam.

Beliau percaya, tawaran tersebut timbul berikutan kata-kata beliau yang pedas terhadap kepimpinan kerajaan BN dalam dewan ketika itu.

“Saya sudah beri jawapan kepada (Datuk Seri) Haji Hadi bahawa saya tidak nampak ruang untuk memperjuangkan orang Islam dan Melayu melalui Pas. Saya cukup yakin bahawa masa depan Melayu dan Islam di Malaysia hanya mmapu diperjuangkan BN,” katanya.

Sementara itu, Rosol ketika dihubungi menafikan pernah menerima tawaran, sama ada secara berseloroh atau serius dan menganggap ia sebagai pembohongan.

“Saya tidak menerima sebarang tawaran dan tidak diminta untuk ditawarkan (menyertai Pas),” katanya.

Beliau dengan tegas berkata, pemimpin Pas tidak berani melakukan sedemikian kerana mereka yakin Ajil tidak tergugat dan tidak mampu dirampas Pas dalam pilihan raya akan datang. - SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment