TELOK KEMANG, sabtu, 28 April, 2012: Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) maut akibat tertembak diri sendiri ketika keluar memburu ayam hutan di Ladang Sengkang, Pasir Panjang petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, Midon Idris, 44, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Dipercayai picu senapang patah yang digunakannya untuk memburu tertarik ketika mangsa menunggang motosikal di dalam ladang itu dan menyebabkan pelurunya mengenai kepala mangsa.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun berkata, ketika kejadian mangsa yang juga pegawai Jabatan Pertanian di Pasir Panjang keluar memburu ayam hutan bersama seorang rakan berusia lingkungan 30-an.
Menurutnya, mangsa bersama rakannya menaiki dua motosikal berasingan dan mereka berpecah sebaik sahaja tiba di ladang kelapa sawit itu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment