My Add

Sunday 29 April 2012

PNB perlu lebih aktif - TPM

MUHYIDDIN bertanya sesuatu kepada Abdul Moktar Sadilih (kanan) yang membuka akaun Amanah Saham Bumiputera bersama ahli keluarganya pada Majlis Penutupan MinggYIDDIN Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, semalam. Turut hadir Musa Aman, Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Hamad Kama Piah Che Othman (belakang kiri). - MINGGUAN/ABDUL RAZAK LATIF

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

KOTA KINABALU, SABTU, 28 April, 2012: Timbalan Perdana Menteri berharap syarikat-syarikat di dalam Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dapat memainkan peranan lebih aktif berusaha membuat pelaburan tambahan di Sabah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk sektor-sektor yang telah dikenalpasti oleh Program Transformasi Ekonomi seperti minyak dan gas, minyak sawit, pelancongan, pertanian dan sektor lain yang dipelopori kerajaan negeri di Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

"Di Sabah terdapat beberapa Projek Permulaan (EPP) yang telah diumumkan seperti pembinaan Terminal Minyak dan Gas minyak di Kimanis yang akan menghasilkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM6.3 bilion.

"Kluster Industri Minyak Sawit di Lahad Datu dan Sandakan pula menghasilkan PNK RM8.6 bilion dan Coastal Tourism Development RM1.7 bilion pada 2020 nanti," katanya pada majlis penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 di Kompleks Sukan Likas, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Secara keseluruhannya, menurut Muhyiddin, 31 EPP di Sabah dijangka menghasilkan PNK sebanyak RM33.5 bilion dan akan mencipta peluang pekerjaan sebanyak 143,770 menjelang 2020.

Katanya, pada masa yang sama sebanyak 92 peratus daripada jumlah RM77.5 bilion pelaburan yang diperlukan untuk menjayakan projek itu dijangka datang daripada pihak swasta seperti PNB dan institusi kewangan lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment